Berita

Luno Boleh Beroperasi di Malaysia

Syarikat pertukaran mata wang kripto, Luno telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk beroperasi sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf (Digital Asset Exchange) di negara ini.

Ini menjadikan Luno syarikat pertukaran mata wang kripto pertama di Malaysia yang menerima kelulusan ini.

Menurut laporan Bernama, SC mengesahkan bahawa Luno telah memenuhi semua syarat yang diperlukan dan kini boleh menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membeli, menjual dan menyimpan cryptocurrency dengan selamat di platformnya.

Pengurus Besar Luno untuk Asia Tenggara David Low berkata, kelulusan ini menunjukkan kepentingan aset digital hari ini dan nilai jangka panjang mata wang kripto sebagai sebuah aset pelaburan.

“Kami mahu membantu mendidik rakyat Malaysia tentang cara membeli, menjual dan menyimpan bitcoin dan ethereum dengan selamat, menggunakan pertukaran yang diluluskan dan dikawal oleh SC,” katanya.

Luno adalah syarikat mata wang kripto terkemuka di dunia yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia kepada sistem kewangan yang lebih baik.

Pepatah Pepitih: Jaga-jaga dengan skim penipuan mata wang kripto – hanya gunakan platform yang boleh dipercayai.

Gali Lagi:

  1. Laporan Bernama: Klik Sini
  2. Laporan The Malaysian Reserve: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button