Berita

Touch ‘N Go E-Wallet Kini di 7-Eleven dan Lazada

Kini pengguna Touch ‘N Go e-wallet dapat membuat pembayaran di rangkaian kedai 7-Eleven di seluruh negara.

Sebelum ini, 7-Eleven hanya menerima e-wallet Alipay dan Razer Pay, selain daripada pembayaran melalui tunai dan kad debit.

Pembayaran menerusi Touch ‘M Go e-wallet ini juga dapat dilakukan di laman e-dagang Lazada.

Ini adalah hasil kerjasama Touch ‘N Go Digital Sdn Bhd bersama syarikat yang terlibat dalam usaha merancakkan penggunaan nirtunai dalam masyarakat.

Sekiranya anda mendaftar keluar sebaik sahaja membuat pilihan pada aplikasi Lazada, anda akan diberikan enam-digit nombor pin dalam laman pengesahan.

Sekiranya anda membuat pembayaran di laman web Lazada (versi desktop) anda perlu mengimbas kod QR untuk membuat pembayaran.

Touch ‘N Go e-wallet boleh didapati di Google Play Store dan Appstore daripada Apple.

Pepatah Pepitih: Satu lagi tanda usaha untuk mempopularkan transaksi nirtunai di masa depan. Bersiap sedialah!

Gali Lagi:

  1. Pengumuman di laman Facebook Touch N Go: Klik Sini
  2. Artikel RinggitPlus: Klik Sini
  3. Artikel SoyaCincau: Klik Sini
Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close