
Dana Perumahan Mampu Milik daripada Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah Rm 1 billion telah membantu sebanyak 1,100 pembeli rumah di negara ini, namun BNM menegaskan bahawa harga perumahan yang tinggi kekal menjadi halangan utama bagi pemilikan rumah untuk rakyat Malaysia.
Setakat ini, menurut pengarah kewangan BNM, Qaiser Iskandar Anwarudin dilaporkan berkata bank pusat telah pun meluluskan pinjaman berjumlah RM180 juta telah sejak dana itu dilancarkan pada awal tahun ini.
Qaiser Iskandar dilaporkan berkata 73 peratus daripada hartanah tidak terjual di Malaysia tidak berpatutan dengan Johor mencatatkan bilangan tertinggi rumah tidak terjual diikuti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun, beliau berkata keadaan pasaran hartanah di negara ini telah bertambah baik dengan harga rumah menurun pada kadar yang sederhana.
Di bawah skim pembiayaan BNM, kadar pembiayaan pinjaman perumahan dihadkan pada 3.5% bagi peminjam, dengan beza antara 3.5% dengan kadar sebenar pasaran dibiaya oleh dana RM1 billion tersebut. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah di bawah skim ini tidak perlu membayar kadar faedah yang tinggi untuk pinjaman mereka.
Dana itu boleh didapati selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga jumlah RM1 bilion digunakan sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Housing Watch di http://www.housingwatch.my/04_
Pepatah Pepitih: Sentiasa ketahui tawaran dan kemudahan pinjaman yang ada tersedia untuk anda. Bacalah Pepitih untuk pengumuman terkini.
Gali Lagi: