Berita

Mangsa Penipuan Disaran Lapor ke Tribunal Pengguna

Pengguna yang merasa mereka telah ditipu ataupun menjadi mangsa penipuan kini mempunyai dua pilihan; buat laporan polis dan memfailkan kes di mahkamah atau pergi ke Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP). TTP sebenarnya lebih mudah, murah dan pantas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu adalah untuk menangani aduan orang ramai mengenai kes-kes yang melibatkan kenaikan harga, penipuan dalam talian dan pengiklanan palsu.

Saifuddin berkata TTP terletak di seluruh negara dan tidak mempunyai banyak kes tertunggak. Ini membolehkan kes-kes diberi keutamaan dan diselesaikan dengan lebih cepat.

Pindaan akta Perlindungan Pengguna 1999 baru-baru ini turut akan diwartakan secepat mungkin berikutan peningkatan aduan kes-kes penipuan dan sebagainya setiap bulan.

Pindaan ini akan meningkatkan jumlah pampasan TTP yang boleh menerima pampasan daripada RM25,000 kepada RM50,000.

“Kami mahu melaksanakannya sekarang, tetapi pindaan itu perlu diwartakan terlebih dahulu,” kata Saifuddin.

 

Pepatah Pepitih: Berhati-hati dengan pelbagai skim penipuan hari ini.

Gali Lagi:

  1. Laporan TheStar: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

 

Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close