Berita

Kerajaan Akan Lancar Akta Pengguna Kredit Tahun Ini

Akta Pengguna Kredit akan dilancarkan tahun ini bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi dan menggalakkan pasaran kredit yang sihat. Ini bermakna lebih perlindungan untuk kita sebagai pengguna daripada skim penipuan, perjanjian berat sebelah dan manipulasi data peribadi, antara lain.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata  akta berkenaan sedang digubal melalui kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta agensi lain yang berkaitan.

Beliau dilaporkan berkata akta itu akan dibentangkan ke Parlimen pada tahun ini juga.

“Dalam persekitaran kewangan yang semakin kompleks dan mencabar ini, keupayaan kita untuk melindungi diri daripada amalan pasaran yang tidak adil atau sebarang bentuk penipuan kewangan memerlukan kita untuk lebih mengenal bentuk dan modus operandi jenayah kewangan,” katanya pada majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berita tersebut turut disambut baik oleh timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata, rangka kerja pengawasan kredit perlu diurus secara sistematik dan lebih berkesan dengan mengambil kira semua faktor kritikal.

Kata beliau, hal ini terutamanya yang melibatkan kesedaran kewangan, penajajaminan institusi kewangan bukan bank (IKBB), penilaian nisbah khidmat hutang (DSR) dan perlindungan data peribadi.

Pepatah Pepitih: Jangan hanya bergantung kepada pihak berkuasa untuk melindungi diri daripada skim penipuan dan perjanjian tidak adil. Lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran kewangan dengan membaca Pepitih.

Gali Lagi:

  1. Laporan Utusan Borneo: Klik Sini
  2. Laporan Harian Metro: Klik Sini
  3. Laporan Utusan Malaysia: Klik Sini


Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button