Berita

Subsidi Petrol Mungkin Akan Disalurkan Secara Terus ke Akaun Bank Penerima

Kerajaan bercadang menyalurkan subsidi petrol RON95 secara terus ke dalam akaun bank penerima apabila ia dilaksanakan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kaedah pengagihan subsidi bersasar tersebut akan mirip agihan Bantuan Sara Hidup (BSH) – dana tersebut disalurkan kepada penerima melalui akaun bank masing-masing.

“Dengan cara itu, kalau kita laksanakan subsidi petrol bersasar, kita masukkan terus ke dalam akaun penerima, jadi pada hari pelaksanaan subsidi bersasar itu, harga di pam tetap sama.

“Saya yang layak dapat subsidi membayar RM2.08 (RON95) contohnya pada harga itu, Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun bayar RM2.08 tetapi Bera tidak layak dapat subsidi, jadi kerajaan akan ‘bank in’ ke dalam akaun saya sebagai rakyat yang layak menerima subsidi. Jadi, itu satu alternatif,” katanya di Dewan Rakyat pada hari Rabu lepas.

Pihak kerajaan akan meminta kerjasama pihak bank untuk membuka akaun simpanan kepada 10% penerima yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak memiliki sebarang akaun bank. Selain daripada itu, kementerian turut melihat penggunaan kad sebagai langkah pengenalan penerima dan membolehkan kerajaan mengkaji corak perbelanjaan mereka.

Maklumat daripada kad tersebut dapat digunakan untuk membolehkan kerajaan mengkaji jenis-jenis subsidi bersasar yang dapat dilaksanakan ke atas barangan pengguna yang lain.

Subdisi petrol RON95 dijangka akan dilancar bermula bulan Julai tahun ini.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button