Berita

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Tahun Ini

Tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri tidak akan mengalami kenaikan untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin dilaporkan berkata, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah ‘Incentive-Based-Regulation’ (IBR) berdasarkan peruntukan ‘Regulatory Implementation Guidelines’ (RIGs).

Kerajaan juga, katanya, telah melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan pengguna dilindungi daripada menerima kos yang dilepaskan berikutan kos penjanaan elektrik yang kian meningkat.

“Kementerian juga mendapat kelulusan Kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sebanyak RM107.16 juta,” katanya pada sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat baru- baru ini.

Tambahan lagi, kementerian itu sedang merangka Akta Kecekapan dan Konservasi sebagai langkah penggunaan tenaga dengan cekap, sekaligus dapat menurunkan penggunaan elektrik dan menjimatkan bil elektrik.

Pepatah Pepitih: Berita baik, tetapi ini bukan alasan untuk membazirkan elektrik.

Gali Lagi:

  1. Laporan Utusan Malaysia: Klik Sini
  2. Lapaoran The Malay Mail: Klik Sini
Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close