Berita

Tiada Lagi Bayaran Tunai Untuk Bas RapidKL Laluan Ampang

Mulai Isnin lalu, (15 April) bas-bas Rapid KL laluan Ampang tidak lagi menerima pembayaran tunai di kesemua lapan laluannya.

Ini berikutan perlaksanaan sistem pembayaran elektronik penuh yang dilakukan oleh syarikat RapidKL untuk semua laluannya yang dijalankan secara berperingkat bermula dengan koridor Ampang pada 15 April.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij dalam sebuah kenyataan berkata penggunaan pembayaran eletronik (cashless payment) akan diperluaskan kepada koridor Cheras, Sungai Besi dan Jalan Kelang Lama sepenuhnya pada 29 April manakala laluan di koridor Damansara, Jalan Ipoh, Jalan Pahang dan Jalan Kelang Lama akan menggunakan sistem elektronik penuh bermula 13 Mei.

Para pelanggan RapidKL dinasihatkan untuk segera membeli kad perjalanan tanpa tunai untuk kemudahan mereka.

Menurut Muhammad Yazurin, pengguna yang menggunakan kad RapidKL juga akan mendapat diskaun sebanyak 20% daripada tambang biasa.
Selain daripada itu, pengguna warga Malaysia juga boleh memilih untuk membeli pakej My50 atau My100, yang juga akan memberi mereka akses kepada monorel, LRT, MRT dan bas pengantara MRT serta Bas Rapid Transit (BRT) Sunway Line.

Pelanggan juga boleh membeli dan menambah nilai tanpa tunai kad perjalanan di semua kaunter perkhidmatan LRT, MRT, Monorail dan BRT.
Kad tersebut berharga RM15 – RM5 untuk kad dan RM10 nilai dompet.
Dengan kad perjalanan tanpa tunai, termasuk MyKad untuk pengguna My50 dan My100, penumpang hanya perlu menyentuh kad mereka pada papan pengesan apabila menaiki bas dan sebelum keluar daripada bas.


Pepatah Pepitih: Kita semakin menuju ke arah masyarakat tanpa-tunai. Bersiap-sedialah.


Gali Lagi:

  1. Pengumuman RapidKL: Klik Sini
  2. Artikel New Straits Times: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button