Bayar Tol Dengan Kad Kredit atau Debit Mulai Hujung Tahun

Pengguna PLUS Malaysia Bhd (PLUS) boleh membuat pembayaran terbuka melalui kad kredit atau kad debit yang dihubungkan terus kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID) menjelang hujung tahun nanti.
Kaedah terbaharu ini membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan lebih mudah selain daripada bergantung dengan kad Touch ‘n Go (TnG) atau SmartTAG sahaja.
Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata pihak penyelenggara lebuhraya itu kini sedang menaik taraf sistem pembayaran bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Bagi merealisasikan perkara itu, PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan plaza tol di lebuh raya kendalian mereka dengan menawarkan lebih banyak pilihan bentuk pembayaran buat pengguna.
Dengan kemudahan terbaharu itu, pengguna PLUS tidak akan perlu lagi bersusah payah ke kios atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.
Pepatah Pepitih: Sepatutnya langkah ini dijalankan di semua lebuh raya dan jalan raya bertol di Malaysia.
Gali Lagi:
- Laporan Berita Harian: Klik Sini