Berita

PLUS Timbang Semula Keputusan Penutupan Lorong Tambah Nilai Touch N Go?

Kerajaan meminta syarikat lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk menimbang semula keputusan menutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya seliaannya mulai Selasa lalu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

Berita penutupan lorong tambah nilai itu turut menjadi tular di media sosial dengan rata-rata pengguna Internet menggunakan #MansuhTouchnGo untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap keputusan PLUS serta monopoli Touch N Go untuk sistem pembayaran tol dan parking di negara ini.

Walaubagaimanapun, menurut pengarah urusan PLUS, purata baki tidak mencukupi kad tambah nilai Touch ‘n Go di kalangan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan seliaan syarikat tersebut menunjukkan pola penurunan.

Beliau turut mengambil maklum gesaan Azmin, dengan berkata PLUS memiliki prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk tidak membenarkan kesesakan yang panjang berlaku lagi pada masa akan datang.

Pepatah Pepitih: Silalah tambah nilai kad Touch n Go anda apabila berpeluang, demi perjalanan yang lancar.

Gali Lagi:

  1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian tentang kenyataan Datuk Seri Azmin Ali: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button