Berita

TM Perkenal Pelan Unifi Lebih Murah Untuk Pelanggan Streamyx

Telekom Malaysia (TM) mengumumkan bahawa pelanggan Streamyx sedia ada akan dinaik taraf ke perkhidmatan Unifi Lite atau Unifi Air bermula 1 September.

Pengguna Streamyx dalam lingkungan fiber Unifi dan LTE akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan Unifi Air dengan caj RM79 sebulan, manakala yang diluar lingkungan fiber dan LTE akan beralih ke Unifi Lite dengan kadar RM69 sebulan. Unifi Air ialah pakej dengan data tanpa had dengan purata kelajuan 20 megabit sesaat (Mbps).

Walaubagaimanapun pelan ini hanya untuk pelanggan Streamyx sedia ada sahaja, manakala pengguna baharu perlu membayar RM129.

Laporan daripada Astro Awani menyatakan, TM menerusi unifi, telah menyempurnakan program naik tarafnya pada bulan April 2019 dengan 973,000 pelanggan unifi telah berjaya dinaik taraf kepada 10 kali ganda daripada kelajuan sedia ada mereka.

Sementara 266,000 pelanggan Streamyx di kawasan liputan Unifi telah dinaik taraf ke Unifi dan 226,000 pelanggan Streamyx di luar liputan Unifi telah dinaik taraf kepada dua kali ganda kelajuan sedia ada, di kawasan-kawasan yang tiada halangan teknologi.

Pepatah Pepitih: Kemudahan Internet sudah menjadi satu keperluan seperti air  dan elektrik. Gunakan dengan bijak.

Gali Lagi:

  1. Laporan Astro Awani: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button