Salurkan Idea Anda Untuk Belanjawan 2020

Anda punya idea untuk dikongsi bagi memakmurkan ekonomi negara? Apa kata anda salurkan kepada pihak kerajaan melalui pelbagai saluran termasuk menerusi laman web khas belanjawan2020.treasury.gov.my
Rakyat Malaysia dapat memberi maklum balas atau idea kepada kerajaan menerusi laman ini, ataupun menggunakan tanda pagar (hashtag) #belanjawan2020 di media sosial Facebook, Instagram dan Twitter.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata cadangan boleh dikemukakan mulai 9 Ogos hingga 11 September ini.
“Laman web khas itu membolehkan semua lapisan masyarakat mengemukakan pandangan selaras dengan usaha kerajaan untuk membina negara dan menyejahterakan rakyat,” Lim berkata dalam sebuah kenyataan baru-baru ini.
Menurutnya beberapa siri konsultasi kumpulan fokus akan diadakan bersama kerajaan negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Sabah serta kementerian-kementerian berkaitan.
Lim telah pun mengumumkan bahawa Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober nanti.
Pepatah Pepitih: Sekiranya ada buah fikiran yang bagus, silalah kongsi demi kesejahteraan bersama.
Gali Lagi: