Berita

AirAsia Akan Kutip Caj Perkhidmatan Penumpang

Syarikat penerbangan tambang rendah Air Asia Bhd akhirnya akur dengan keputusan mahkamah dan mengumumkan akan mengutip caj perkhidmatan penumpang klia2 (PSC) yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk semua tempahan yang dibuat mulai 9 Ogos lepas.

Menurut AirAsia dalam sebuah kenyataan, syarikat tersebut akan mengutip tambahan RM23 PSC dan beza jumlah berkenaan akan dijelaskan dalam senarai tambang sebagai PSC (Dalam Bantahan).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata pihaknya mengutip jumlah PSC penuh berjumlah RM73, namun ia dilakukan dalam bantahan.

“MAHB telah mengenakan kadar PSC baharu sebanyak RM73 kepada penumpang yang menggunakan klia2 untuk ke destinasi di luar Asean – sama dengan kadar yang dikenakan di terminal perkhidmatan penuh KLIA berkuatkuasa dari Julai 2018,” AirAsia dipetik berkata dalam kenyataan itu.

“Sebelum ini AirAsia enggan mengutip tambahan RM23 dari para tetamu, kerana kadar sebelumnya ialah RM50 seorang dan AirAsia kini akan mula mengutip tambahan RM23 dalam PSC, dan jumlah perbezaan akan dinyatakan dengan jelas dalam tambang terperinci sebagai “PSC (Dalam Protes)” kerana kami tidak mampu untuk terus memberi subsidi kepada tetamu kami sekiranya rayuan kami tidak diterima,” kata AirAsia lagi.

Pepatah Pepitih: Ini memberi kesan kepada harga yang perlu dibayar oleh penumpang yang ingin ke luar rantau Asia Tenggara. Jadi, kalau ingin bercuti, mungkin kos paling rendah ialah kalau bercuti dalam negeri, atau di rantau ini sahaja.

Gali Lagi:

  1. Pengumuman AirAsia: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button