Berita

Ahli AirAsia Big Dapat Tukar Mata Ganjaran Mesra Petronas

Kini, ahli AirAsia BIG dapat menukar mata ganjaran Mesra Petronas ke akaun AirAsia BIG mereka dan sebaliknya melalui BIG Xchange.

Penukaran kadar tersebut boleh dilakukan menerusi aplikasi AirAsia BIG, pada kadar berikut:

1,250 mata ganjaran BIG kepada 600 mata ganjaran Mesra

2,000 mata ganjaran Mesra kepada 500 mata ganjaran BIG

Perkara ini menjadi kenyataan hasil kerjasama antara AirAsia dan Petronas baru-baru ini.

Seterusnya, 10 Ahli BIG dan Anggota Mesra yang menukar mata mereka antara tempoh masa kini sehingga 30 November 2019 berpeluang untuk memenangi 100,000 mata ganjaran BIG ditambah 20,000 mata ganjaran Mesra bernilai RM200 setiap satu.

Di samping itu, bersempena dengan kempen BIG World 816 AirAsia BIG, Ahli BIG akan menikmati Bon Mata BIG 50% tambahan sehingga 16 September 2019 apabila mereka menukar sekurang-kurangnya 1,000 Mata Ganjaran BIG.

Papatah Pepitih: Sentiasa ambil tahu tentang ganjaran dan tawaran yang diberikan oleh syarikat dengan skim mata ganjaran.

Gali Lagi:

  1. Pengumuman AirAsia: Klik Sini
Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close