BeritaKad Kredit

Tiada Lagi Bayaran Pemprosesan Mulai Oktober

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian atau kad kredit mulai Oktober depan.

Bayaran pemprosesan ini berjumlah serendah RM4 sehingga RM 16, bergantung kepada jenis kad dan kaedah pembayaran pelanggan.

“Kami masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” ketua eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

“Kami sentiasa cuba menurunkan tambang. Kami telah menyingkirkan yuran KLIA dan kini yuran pemprosesan pada bulan Oktober. Kami akan mencari cara untuk mengurangkan kos supaya penumpang tidak akan menanggungnya, ” katanya.

Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terbabit.

Pepatah Pepitih: Sebenarnya, syarikat tidak patut mengenakan surcaj untuk penggunaan kad kredit, debit atau bayaran atas talian, seperti yang kami laporkan di sini.

Gali Lagi:

  1. Laporan The Star: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button