BeritaInsurans

Pelanggan Etiqa Dapat Buat Tuntutan Punca Gangguan Sistem di KLIA 

Susulan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, syarikat insurans  Etiqa akan membayar tuntutan pelanggan yang membeli polisi perlindungan perjalanan takaful, walaupun kes sebegitu tidak tertakluk dalam pelan perlindungan asal.

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans dan Takaful Kamaluddin Ahmad dilaporkan berkata bantuan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban pelanggan.

“Mereka akan dibayar tuntutan walaupun ia tidak termasuk dalam perlindungan yang ditawarkan,” katanya.

Pelanggan Etiqa sebelum ini dapat membuat tuntutan untuk kelewatan penerbangan yang disebabkan situasi seperti mogok, cuaca buruk dan kerosakan mekanikal penerbangan.

Bagi pelanggan yang terbabit dalam masalah kelewatan itu, mereka boleh menghubungi Etiqa melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-650-7931 (bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat).

Mereka perlu mengemukakan nombor kad pengenalan, jadual penerbangan, pas masuk serta nombor akaun bank bagi proses bayaran tuntutan.

Pepatah Pepitih: Jika anda pelanggan Etiqa, silalah ambil peluang ini.
Gali Lagi:
1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
2. Laporan TheStar: Klik Sini
Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close