Berita

PTPTN Lancar Usaha Bantu Peminjam Cari Pekerjaan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) telah melancarkan kerjasama dengan tiga agensi pekerjaan untuk membantu mahasiswa mendapatkan pekerjaan demi membayar balik pinjaman kepada perbadanan tersebut.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan dilaporkan berkata pihaknya memahami isu dihadapi peminjam yang sukar mencari pekerjaan dan sehubungan itu langkah kerjasama tersebut diambil bagi membantu mengatasi masalah berkenaan.

Antara agensi yang terlibat ialah Jobstreet.com Sdn. Bhd., Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Kerjasama itu juga diharap membantu peminjam PTPTN yang terdahulu (bermula pinjaman tahun 1997) sekiranya mereka masih menganggur atau ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

“Ia diharap membantu peminjam yang sehingga hari ini tidak mampu membayar langsung atau tidak mampu membayar secara konsisten dengan membuka ruang untuk mereka mencari pekerjaan yang lebih baik,” menurutnya lagi.

Pepatah Pepitih: Tiada hutang yang tidak akan dituntut. Jadilah orang yang beramanh dan bertanggungjawab.

Gali Lagi:

  1. Laporan Utusan Malaysia: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini 


Tag

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close