BeritaKad Kredit

Mavcom Denda AirAsia, Anak Syarikat MAHB Langgar Etika Kod Pengguna

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom)mengenakan penalti kewangan terhadap AirAsia Berhad (AirAsia), AirAsia X Berhad (AirAsia X) sebanyak RM200,000 kerana gagal mengenakan caj kad kredit, kad debit dan yuran pemprosesan perbankan dalam talian berasingan daripada tambang asas mereka.

Dalam sebuah kenyataan, Mavcom berkata bayaran yang dikenakan oleh syarikat penerbangan itu melanggar Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

MACPC yang telah berkuat kuasa sejak 1 Julai 2016 diwujudkan sejajar dengan matlamat suruhanjaya tersebut untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna.

“Sebagai kod perlindungan pengguna pertama yang digubal khusus bagi industri penerbangan Malaysia, MACPC menggalakkan ketelusan terutamanya mengenai obligasi-obligasi pengendali perkhidmatan penerbangan terhadap pengguna penerbangan dan berperanan sebagai panduan yang lebih jelas bagi pengguna mengenai hak-hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna penerbangan,” ujar MAVCOM.

Anak syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad, Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MA Sepang), turut dikenakan tindakan kerana gagal memenuhi sasaran kualiti perkhidmatan.

Pepatah Pepitih: Pepitih pernah terbitkan artikel tentang tiada peniaga yang boleh mengenakan caj tambahan untuk bayaran kad kredit, debit atau bayaran dalam talian. Itu semua penipuan dan satu kesalahan.

Gali Lagi:

  1. Laporan TheStar: Klik Sini
  2. Laporan Utusan Malaysia: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button