Berita

Awas! Kiriman Viral Firma Fintech Baru Tony Fernandes Ialah Satu Penipuan!

Media sosial sememangnya menjadikan hidup kita makin senang, tetapi ia juga membawa risiko.

AirAsia Newsroom
Sumber: AirAsia

Baru-baru ini, AirAsia telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan yang Ketua Pengarah Eksekutif mereka, Tony Fernandes, telah melancarkan satu platform teknologi kewangan (fintech) baru bernama Crypto Revolt.

Kenyataan AirAsia juga telah dilaporkan oleh The Star dan laman web Lowyat.net.

Berita yang mula tular di media sosial ini sah palsu dan pengguna internet diingatkan supaya berhati-hati dengan kiriman yang tidak ada sumber sahih.

Sekiranya anda terbaca berita yang menarik perhatian anda, sila periksa dulu dengan mengikut tiga langkah ini:

  1. Semak dengan sumber asal.
  2. Semak dengan portal berita berwibawa.
  3. Gunakan enjin carian seperti Google untuk memastikan kesasihan berita.

Pepatah Pepitih: Mencari kebenaran ialah tanggungjawab setiap insan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button