Berita
RM300 Untuk Yang Layak! Bantuan Sara Hidup Fasa Pertama Bermula 28 Januari 2019

Fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berupa bantuan RM300 untuk isi rumah yang layak akan dijalankan pada 28 Januari 2019.
Dalam laporan oleh New Straits Times, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata BSH akan dinikmati 4.1 juta isi rumah dengan peruntukan RM1.2 billion.
BSH akan dikreditkan secara automatik ke akaun penerima.
Buat fasa pertama, senarai penerima nama mengikut senarai lama. Fasa kedua dan ketiga BSH tahun ini akan menggunakan senarai penerima baharu mengikut kaedah yang diumumkan semasa Bajet 2019.
Pepatah Pepitih: Gunakan apa saja bonus, bantuan dan wang yang diterima untuk merancang masa depan. Jangan bazirkan rezeki – bantu ia bercambah!