SOCAR Kini Boleh Dibayar Menerusi GrabPay

Kerjasama antara dua syarikat ini adalah hasil permintaan yang kian meningkat diantara pengguna SOCAR dan GrabPay.
Ia sekaligus dapat menyelaraskan bentuk pembayaran, menjadikannya lebih mudah dan sistematik kepada pengguna dua aplikasi ini.
Pengguna SOCAR hanya perlu menambah atau memautkan Grab Pay kepada aplikasi SOCAR apabila ingin daftar keluar setelah membuat tempahan sewa kereta dan masukkan nombor telefon anda untuk menerima mesej pengesahan.
Nombor telefon anda perlulah sama dengan nombor yang telah didaftarkan dengan aplikasi Grab. Ikuti langkah-langkah seterusnya selepas mendapat mesej pengesahan daripada pihak SOCAR.
Untuk keterangan lebih lanjut layari laman web SOCAR atau pun laman Facebook SOCAR Malaysia.
SOCAR ialah perkhidmatan menyewakan/sewa kereta tempoh pendek yang kini terdapat di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang dengan lebih daripada 1500 buah kenderaan daripada 15 jenis model dan jenama berbeza.