Uncategorized

Pemandu e-Panggilan Diberi Masa Lanjutan Tiga Bulan

Pepitih akan sentiasa memantau perkembangan syarikat e-panggilan dan undang-undang yang mengesankannya. Apa-apa perubahan pada operasi syarikat e-panggilan akan mempengaruhi kos yang dikenakan kepada pengguna seperti kita, juga mereka yang bergantung kepada syarikat e-panggilan untuk mencari rezeki.

Baru-baru ini, setelah kekecohan yang terjadi akibat pemandu e-panggilan diberi masa yang terlalu singkat untuk mendaftar Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), kerajaan telah melanjutkan masa selama tiga bulan bagi mereka mendapatkan lesen ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tiga bulan ini merupakan amaran akhir bagi pemandu tersebut untuk menyiapkan diri atau bersedia menghadapi tindakan termasuk tidak dibenarkan beroperasi lagi.

“Kerajaan berharap semua EHO dan pemandu e-hailing mengambil perhatian serius untuk mematuhi semua peraturan e-panggilan serta tidak melengahkan proses ini,” katanya dalam sebuah laporan Bernama.

Ditanya sama ada masa tiga bulan yang diberikan mencukupi, Loke berkata tiada alasan lagi, kerana golongan yang culas akan meminta sehingga tiga tahun dan mereka akan tetap menunggu sehingga saat akhir.

“Kalau tanya mereka, tiga tahun pun tidak cukup, lebih baik jangan ada peraturan”.

Menurutnya, jumlah calon yang telah lulus ujian PSV adalah sebanyak 22,981 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 19,891 calon lulus ujian PSV menerusi institut memandu di seluruh Malaysia manakala 3,090 orang lulus kursus yang dijalankan oleh EHO sendiri, katanya.

Menurutnya, sebanyak 17,596 eVP iaitu 4,216 eVP teksi dan 13,380 eVP kenderaan persendirian telah dikeluarkan.

Dilaporkan, ada lebih 200,000 pemandu e-panggilan. Jika hanya 20,000 yang sudah ada lesen PSV, maka dalam masa tiga bulan, mungkin ada 180,000 orang yang akan mengambil lesen. Namun, daripada 200,000 itu, 1/3 dikatakan pemandu separuh masa yang mungkin tidak mahu meneruskan pekerjaan ini. Maka, jika ada 120,000 dan ditolak 20,000, mungkin ada 100,000 orang yang perlu mengambil lesen dalam masa tiga bulan ini.

Menurut Presiden Persatuan Pemandu Grab, Arif Asyraf Ali, kekurangan pemandu akan mengakibatkan kenaikan harga. Setelash semua ini diselesaikan, Pepitih akan mengemaskaini artikel kami tentang perbandingan kos penggunaan Grab dengan memandu sendiri untuk mencari pilihan mana yang lebih menjimatkan. Sebelum ini, menggunakan perkhidmatan e-panggilan lebih murah daripada membeli dan menyelenggara kereta sendiri.

Pepatah Pepitih: Kalau tidak rosak, tak payah baiki.

Gali Lagi:

  1. Laporan Bernama: Klik Sini
  2. Laporan NST: Klik Sini

 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button