Berita

Pinjaman PTPTN Kini Boleh Dibayar Melalui e-wallet Touch N Go

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui kerjasama dengan e-Pay (M) Sdn Bhd telah menambah saluran pembayaran pinjaman PTPTN melalui perkhidmatan E-Wallet Touch n Go.

Peminjam kini boleh menggunakan applikasi e-wallet ini untuk membayar pinjaman dengan hanya dikenakan caj sebanyak RM1.

Peminjam hanya perlu memilih “bills” pada bahagian “services” dalam aplikasi e-wallet Touch N Go sebelum memilih jenis pinjaman.

Kemudian peminjam perlu memasukkan nombor pinjaman dan jumlah bayaran sebelum memasukkan 6 digit nombor PIN yang berdaftar dengan aplikasi ini.

Semoga dengan penambahan saluran baharu ini dapat memberi kemudahan kepada semua peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik.

Selain daripada aplikasi ini, PTPTN juga turut menambah saluran perkhidmatan melalui Digi Kiosk bagi tujuan bayaran balik pinjaman PTPTN di semua Digi Store dengan caj setiap transaksi berjumlah RM1 bermula Januari lalu.

Senarai cawangan yang menawarkan perkhidmatan kiosk boleh dicapai melalui pautan berikut: https://new.digi.com.my/support/digi-store

Pinjaman juga boleh dibayar menerusi JomPay di atas talian.

Pepatah Pepitih: Sudah tiada alasan sukar membuat bayaran, jadi silalah laksanakan tanggungjawab anda.

Gali Lagi:

  1. Lamn Web PTPTN (pengumuman Touch n Go): Klik Sini
  2. Laman Web PTPTN (pengumuman DIgi Kiosk): Klik Sini
  3. Laman Web PTPTN (pengumuman JomPay): Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button