Berita

Kerajaan Pilih GrabPay, TnG dan Boost Untuk e-Tunai

Anda boleh mendapat RM30 percuma daripada Kerajaan! Jumlah ini ialah daripada inisiatif e-Tunai yang diumumkan semasa Bajet 2020.
Kerajan telah memilih tiga syarikat e-wallet di Malaysia untuk melaksanakan inisiatif e-Tunai rakyat bermula Januari depan.
Menurut Khazanah Nasional Berhad dalam sebuah kenyataan media baru-baru ini, tiga syarikat e-wallet yang terpilih adalah GrabPay, Touch N Go serta Boost.
“Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak menerima RM30 seorang menerusi pelaksanaan e-dompet itu,” menurut kenyataan tersebut.
 
Bernama melaporkan, pemilihan tiga syarikat tersebut adalah  berdasarkan bilangan besar pengguna aktif mereka dan rangkaian saudagar yang luas, kepakaran teknikal serta kedudukan kewangan yang kukuh dan tenaga kerja untuk membangunkan sistem, proses dan prosedur yang diperlukan.

Khazanah dilantik oleh Kementerian Kewangan untuk memudahkan dan menyelaras pelaksanaan dan pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat dalam jangka masa yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Touch ‘n Go e-Wallet (www.tngdigital.com.my), Boost (www.myboost.com.my), dan GrabPay (www.grab.com/my/pay/).
Pepatah Pepitih: Sila pastikan anda mendapat dana RM30 ini, sekiranya layak. Jangan dibazirkan apa-apa peluang yang ada untuk menuntut wang! Juga ingatkan ahli keluarga anda yang sudah berusia, sekiranya masih belum celik e-wallet.
Gali Lagi:
1. Laporan MalaysiaKini: Klik Sini
2. Laporan TheEdge: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button