BeritaGaya Hidup
Apakah e-Wallet Paling Aktif di Malaysia?

Aplikasi e-wallet kini semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia hingga mendorong pihak kerajaan melakukan rangsangan digital dengan menyalurkan RM 30 kepada setiap pengguna aplikasi e-wallet seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020. Jangan lupa untuk menyemak bagaimana anda boleh mendapatkan habuan ini menerusi aplikasi e-wallet anda. Pepitih akan memantau dan mewar-warkan caranya apabila diumumkan kelak. Jadi, sentiasalah ke laman web kami!
Tahukah anda, Bank Negara Malaysia telah memberikan kelulusan kepada 49 syarikat e-wallet di negara ini namun menurut kajian hanya beberapa aplikasi sahaja yang mendapat tempat di hati pengguna. Dengan jumlah pilihan yang begitu banyak, pastinya sukar untuk membuat pilihan. Kami mencadangkan agar anda menyemak sendiri kesesuaian aplikasi e-wallet tertentu dengan pola perbelanjaan anda. Kami pernah menyenaraikan beberapa e-wallet yang anda mungkin berminat dalam artikel ini: klik sini.
Mungkin juga, anda mahu tahu apakah e-wallet paling popular yang digunakan di Malaysia? Menurut satu kajian iPrice baru-baru ini, aplikasi Grab, Touch ‘n Go, Boost dan Fave adalah antara aplikasi paling aktif digunakan di Malaysia sejak dua tahun lalu.
Grab adalah aplikasi paling banyak dimuat turun, menggabungkan perkhidmatan perjalanan, makanan, penghantaran dan perkhidmatan lain di bawah satu aplikasi.
Touch ‘n Go menduduki tempat kedua bagi aplikasi paling kerap dimuat turun pada suku ketiga 2019 dengan mempunyai lebih daripada lima juta pengguna berdaftar buat masa ini. Touch ‘n Go mempunyai kelebihan sebab ia menjadi satu-satunya cara untuk membayar tol di sesetengah lebuhraya, dan membayar parkir di sesetengah bangunan, walaupun masih ada beza antara kad Touch ‘n Go dan aplikasi e-walletnya. Namun, Pepitih menjangka yang Touch n’ Go akan menyelaraskan perkhidmatan mereka dalam masa terdekat.
Dengan kadar penembusan Internet yang tinggi, unjuran bagi pembayaran digital dan e-wallet dijangka akan berkembang pesat pada 2020 dan di masa depan.
Pepatah Pepitih: Pilihlah e-wallet paling berkesan untuk perbelanjaan anda.
Gali Lagi: