Kerajaan Mahu Pengangkutan Awam Tanpa Tunai Menjelang 2020

Oleh itu, menteri pengangkutan Anthony Loke menyeru operator pengangkutan awam untuk melaksanakan sistem tanpa tunai yang diyakininya lebih cekap dan teratur berbanding sistem pembayaran sedia ada.
Ia juga dapat membantu mengurangkan ketirisan serta amalan rasuah memandangkan semua transaksi dapat direkodkan secara digital.
Penggunaan sistem tanpa tunai dapat membantu operator pengangkutan awam merekod bilangan penumpang setiap hari bagi tujuan analisis dan melihat tahap kekerapan penggunaan bagi waktu tertentu, kata Loke dalam sebuah laporan berita,
“Kita galakkan operator gunakan data itu untuk memperkenalkan penetapan harga dinamik. Sebab kita tahu, pengguna akan pakai berapa kali sebulan dan waktu yang ramai penumpang. Maka kalau kita boleh beri insentif dan sebagainya, ia juga akan menambah bilangan penumpang.
Mengambil contoh kejayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sejak bulan lalu, Loke berkata kerajaan sememangnya bercadang untuk melaksanakan perkhidmatan tanpa tunai ini secara berperingkat.
Menurutnya, Prasarana Malaysia Bhd juga ada perancangan untuk perkhidmatan seperti MRT (Transit Aliran Massa), LRT (Transit Aliran Ringan) tanpa tunai.
Kerjasama pihak swasta juga penting, katanya, untuk memastikan visi kerajaan tercapai.