PelaburanPendidikan

ASNB Lancar Kempen Labur Raya, Galakkan Simpanan

Sudahkah anda membuat keputusan apa yang akan anda lakukan dengan duit raya anak anda?

Jika anda belum pasti, Pepitih ada memberi panduan serta cadangan ke mana duit tersebut boleh disimpan atau dilaburkan dalam artikel sebelum ini.

Kini, Amanah Saham Nasional Berhad turut melancarkan kempen Labur Raya dengan menawarkan duit raya sebanyak RM150,000 kepada peserta yang membuat simpanan sepanjang kempen dijalankan.

Hadiah atau duit raya ini diberikan berdasarkan nilai pelaburan. Hadiah utama bernilai RM 1,000 untuk 20 orang pemenang dan paling rendah RM 50 untuk 300 orang yang membuat pelaburan permulaan ataupun pelaburan tambahan minima RM 10 hingga RM 100.

Kempen Labur Raya ini bermula pada 7 Jun hingga 11 Ogos ini.

Penyertaan adalah secara automatik dan ia tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut layari www.asnb.com.my.

Sebelum ini, pihak Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga telah melancarkan kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan bermula pada 20 Mei sehingga 30 Jun ini.

Peminjam hanya perlu membuat penambahan deposit ke dalam akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus. Simpanan minimum RM100 sepanjang tempoh promosi adalah dikira sebagai satu (1) cabutan untuk memenangi hadiah menarik seperti ‘smart watch’ dan set televisyen.

Pepatah Pepitih: Ambil peluang ini untuk memulakan atau menambah pelaburan anda. Mana tahu, kalau untung boleh menang duit pula!

Gali Lagi:

  1. Pengumuman di Laman Web ASNB: Klik Sini
  2. Pengumuman di Laman Web PTPTN: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button