Berita

Public Bank Akan Mengenakan Caj Untuk Bayaran Pinjaman Menerusi Tunai dan Cek

Saban hari, Malaysia menuju ke arah masa depan tanpa tunai. Caj untuk kiriman wang dalam talian sudah dihentikan sejak 1 Julai tahun lepas dan institusi kewangan sedang mengorak langkah ke arah sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggalakkan transaksi kewangan dalam talian.

Terbaru, Public Bank akan mengenakan caj untuk semua urusan pembayaran pinjaman menggunakan wang tunai dan cek di kaunter semua cawangan mereka bermula 1 April 2019.

Semua urusan pembayaran tunai dan cek di kaunter atau mesin-mesin duit Public Bank akan dikenakan caj.
Sumber: Public Bank

Semua urusan pembayaran pinjaman di kaunter menggunakan wang tunai atau cek akan dikenakan caj RM2, manakala penggunaan Terminal Deposit Tunai (CDT), Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) dan Mesin Deposit Cek (CDM) akan dikenakan caj RM0.50.

Caj ini dikecualikan untuk warga tua, orang kurang upaya dan mereka yang tidak mempunyai capaian ke akaun simpanan atau semasa di Public Bank.

Pengumuman ini dibuat di laman web mereka baru-baru ini.

Pepatah Pepitih: Gunakan transaksi dalam talian untuk kemudahan dan penjimatan.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button