Berita
Larangan Merokok di Semua Tempat Makan Tahun Hadapan

Masa sudah tamat! Mulai Januari 1, 2020, semua tempat makan di seluruh Malaysia akan menjadi kawasan larangan menghisap rokok dan vape.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, individu yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM250, namun boleh dikurangkan ke RM150, jika denda dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan.
“Kalau degil (dan) tidak mahu bayar boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000,” katanya dalam sebuah laporan berita selepas merasmikan Seminar Kerintangan Antimikrob (AMR) yang dianjurkan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Tambah Dr Lee, gerakan anti merokok telah berjaya mengurangkan jumlah perokok di tempat makan, terutamanya di kawasan bandar.
Beliau turut memaklumkan bahawa sekitar 21 peratus rakyat Malaysia dewasa merupakan golongan yang menghisap rokok.
Pepatah Pepitih: Merokok memang tabiat yang mahal – sama ada kos membeli rokok dan kos rawatan kesihatan akibat penyakit yang dibawanya. Sekarang, merokok di tempat makan juga akan merugikan kita dengan terpaksa membayar saman. Usahakanlah untuk berhenti merokok.
Gali Lagi:
1. Laporan The Malaysian reserve: Klik Sini
2. Laporan Astro Awani: Klik Sini