Berita

Kalau Anda Tidak Pernah Mengisytiharkan Cukai, LHDN Ada Tawaran Sehingga Jun Ini!

Jika anda ada terlepas beberapa tahun mengisytiharkan cukai, atau tidak pernah mengisytiharkannya langsung, ada berita baik – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menawarkan program khas Pengakuan Sukarela.

Mengikut undang-undang, mereka yang tidak mengisytiharkan cukai boleh didenda sehingga 300% jumlah cukai tertunggak. Dengan program khas Pengakuan Sukarela ini, anda hanya akan didenda antara 10-15% sahaja.

Denda 10% sekiranya anda memfailkan Pengakuan Sukarela sebelum 1 April 2019 dan 15% sekiranya anda berbuat demikian sebelum 30 Jun 2019. Pengakuan akan diterima secara suci hati dan tidak akan diaudit atau disiasat.

Tawaran ini terbuka kepada mereka yang:

  1. tidak pernah berdaftar sebagai pembayar cukai,
  2. pernah berdaftar tetapi belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) / Borang Nyata Petroleum (BNP) / Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) bagi mana-mana tahun taksiran
  3. sudah mengemukakan BNCP / BNP / BNCKHT tetapi tidak membuat perisytiharan cukai yang betul.

Anda boleh berbincang dengan kakitangan LHDN di mana-mana pejabat LHDN seluruh negara.

Sila baca kenyataan LHDN untuk keterangan lanjut.

Pepatah Pepitih: Membayar cukai ialah tanggungjawab kita semua. Tidak membayar cukai ialah satu kesalahan. Ambillah peluang emas ini untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button