Berita

Penalti RM3 Kalau Anda Membatalkan Tempahan Grab

Bermula 25 Mac ini, anda mungkin dikenakan penalti RM3 sekiranya anda membatalkan tempahan Grab anda selepas lima minit.

Anda juga akan membayar penalti ini sekiranya pemandu Grab membatalkan tempahan anda setelah sampai ke destinasi dan penumpang tidak hadir, lantas menekan butang ‘Passenger-no-show’.

Jumlah RM3 ini akan diberikan kepada pemandu Grab, namun pemandu tidak akan dapat faedah ini sekiranya kereta mereka tidak bergerak ke arah destinasi menjemput penumpang, atau mengambil masa terlalu lama untuk ke destinasi menjemput penumpang.

Sekiranya penumpang membuat bayaran tunai, pemandu Grab untuk tempahan berikutnya akan mengutip bayaran ini bagi pihak pemandu sebelumnya.


Pepatah Pepitih: Rancangkan perjalanan anda dan gunakan kemudahan dengan bijak untuk mengelak denda yang tidak perlu. Sentiasa berhubung dengan Grab sekiranya ada masalah.


Gali Lagi:

  1. Pengumuman Grab tentang isu ini: Klik Sini
  2. Laporan Ering tentang penalti Grab: Klik Sini
  3. Laporan TechNave (Bahasa Inggeris): Klik Sini
  4. Laporan LeeSharing (Bahasa Mandarin): Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button