Berita

Tiada Lagi ‘PM Tepi’, Elakkan Ditipu Penjual Dalam Talian

Pada masa sekarang, ada banyak skim penipuan yang dijalankan oleh mereka yang berniat jahat. Pepitih sedang mengusahakan penyeneraian skim-skim penipuan yang paling popular dalam talian. Sementara itu, silalah berhati-hati dan dengar nasihat pihak berkuasa.

Penggemar membeli belah dalam talian disaran agar berurusan dengan peniaga yang berdaftar dengan BizTrust di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengelak daripada ditipu individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution, aduan pengguna semakin meningkat seiring dengan kepesatan e-dagang dalam negara.

Pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk menyiasat kes-kes yang berdasarkan “PM tepi” kerana penjual biasanya tidak berdaftar, menjadikan usaha menjejaki mereka lebih sulit berbanding peniaga biasa.

“Pengguna juga diingatkan supaya menyelidik dengan betul latar belakang sesuatu syarikat. Ini tidak menjadi masalah kepada perniagaan atas talian yang sudah stabil seperti Lazada dan Shopee,” ujar Saifuddin dalam sebuah laporan berita.

Menurutnya lagi sehingga kini terdapat 1,057 kes tuntutan penipuan pakej pelancongan dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membabitkan jumlah tuntutan RM6.6 juta sejak 2016 hingga 31 Mei lalu.

Melalui BizTrust, pengguna boleh berurusan dengan yakin dan hak mereka terpelihara dengan undang-undang.

Tabiat ‘PM Tepi’ untuk berurusniaga dengan penjual secara peribadi mungkin nampak boleh mendapatkan harga yang lebih murah, tetapi realitinya, sekiranya penjual boleh menawarkan harga tersebut, dia pasti akan membuatnya terlebih dahulu. Selain itu, urusan secara langsung dengan peniaga tanpa perantara membahayakan pembeli sebab tidak menggunakan saluran betul.

Pepatah Pepitih: Jangan jadi seperti Lebai Malang yang akibat sifat tamak, sering kerugian.

Gali Lagi:

  1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
  2. Laporan Berita Harian: Klik Sini

 

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button