BeritaGaya Hidup

Pengumuman Penting Untuk Semua Pengguna Maybank2u – SMS TAC Akan Digantikan

Jika anda pengguna perkhidmatan perbankan dalam talian Maybank, anda mungkin sudah biasa dengan sistem TAC yang dihantar menerusi SMS.

Maybank mengumumkan pada 20 Disember 2018 yang SMS TAC akan diganti dengan Secure2u bermula 22 Januari 2019. Secure2u akan dikembarkan dengan telefon pintar anda yang mempunyai aplikasi Maybank2u.

Sistem pengesahan ada dua jenis:

Secure TAC

  • Kod enam digit akan dijana oleh aplikasi Maybank2u pada telefon pintar anda.

Secure Verification

  • Aplikasi Maybank2u pada telefon pintar anda akan memberi pilihan sama ada mengesah atau membatalkan transaksi.

Maybank menyatakan langkah ini akan memberi perkhidmatan yang lebih selamat dan mudah kepada pengguna mereka. Antara lain, pengguna tidak perlu menunggu SMS dengan nombor TAC sampai, dan hanya satu telefon pintar yang dikembarkan kepada setiap akaun.

Video ini menjelaskan bagaimana hendak mendaftar Secure2u:

Pepatah Pepitih: Saban hari, kita makin terikat dengan komputer (telefon pintar) yang kita bawa ke mana-mana.

Sumber
Maybank

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button