Hendak Hantar Anak ke Universiti? Anda Perlu Menabung RM400 Sebulan Sejak Dia Lahir

Kos pendidikan tinggi memang mahal, dan dijangka akan terus naik. Ini fenomena seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja. Para pelajar, jika tidak mendapat biasiswa, perlulah meminjam sama ada melalui dermasiswa, pinjaman pelajaran institusi kewangan ataupun agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ada juga laporan mengatakan rakyat Malaysia mebelanjakan lebih separuh pendapatan ibu bapa untuk pendidikan tinggi anak-anak.
Selain pinjaman, cara lain untuk membiaya perbelanjaan pendidikan masa hadapan adalah dengan menabung, samada melalui skim Amanah Saham Didik, atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) atau membeli insuran atau takaful pendidikan.
Dijangka di masa hadapan, biasiswa akan amat susah untuk didapati dan mungkin untuk pelajar paling cemerlang sahaja. Hampir kesemua pelajar lain perlulah mencari sumber kewangan lain.
Ada beberapa laman web yang memberi contoh pengiraan perbelanjaan untuk pengajian tinggi di Malaysia atau di luar negara sekarang dam unjuran harga di masa hadapan. Ibu-bapa yang mempunyai anak-anak kecil elok cuba mengagak perbelanjaan yang diperlukan untuk membiaya pendidikan anak-anak mereka.
Kini, dianggarkan perbelanjaan di institut pendididikan tinggi swasta di Malaysia, termasuk sara hidup, kira-kira RM80,000 untuk kursus am selama empat tahun (tidak termasuk kursus professional, seperti perubatan dan lain-lain).
Jumlah ini tentunya akan menjadi lebih tinggi pada masa hadapan. Berikut dianggar jumlah yang perlu dibelanja, dan disimpan, untuk pendidikan anak-anak di Malaysia:

Pepatah pepitih: Harta paling baik untuk ditinggalkan kepada anak-anak ialah pendidikan yang sempurna.
Gali Lagi: