Ingin Menunjukkan Kekayaan Anda di Media Sosial? LHDN Sedang Memerhatikan Anda!

Laporan berita ini menyatakan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang memantau kekayaan luar biasa yang ditunjukkan oleh pengguna media sosial.

LHDN juga memberi tumpuan kepada peniaga e-dagang yang menjual barangan dan khidmat menerusi laman web atau media sosial. Satu sistem khas digunakan LHDN untuk mengunmpul data ini.
Langkah-langkah ini diambil untuk mengesan mereka yang tidak mengisytihar pendapatan mereka dengan telus atau cuba lari daripada membayar cukai.
Jadi, sekiranya anda ingin mendabik dada dengan kekayaan yang anda perolehi, fikir terlebih dahulu sama ada itu langkah yang bijak.
Sementara itu, jika anda mahu mula mengisytihar pendapatan anda kepada LHDN tetapi bimbang akan dikenakan denda yang banyak, LHDN ada menawarkan Program Khas Pengakuan Sukarela yang mengehadkan penalti kepada 10-15% sahaja, berbanding 80-300% kalau mengikut kebiasaan. Sila baca artikel kami tentang PKPS di sini.
Pepatah Pepitih: Kemewahan perlu dihormati dan tidak dijadikan alat untuk bermegah dengan mereka yang kurang daripada anda.