BeritaHartanah

Diskaun Beli Rumah Minimum 10% dan Pengecualian Duti Setem

Ekspo Kempen Pemilikan Kediaman (KPK) atau HOC Expo 2019 yang disertai lebih 50 pemaju menawarkan pelbagai insentif dengan tarikan utama diskaun beli rumah sebanyak 10% minimum.

Ekspo ini akan berlangsung bermula 1 – 3 Mac di KL Convention Center.

Sebanyak 50 pemaju menyertai ekspo ini dan menawarkan 17,000 unit terlibat yang bernilai RM11.8 billion. Ekspo ini ialah inisiatif bersama oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Embellish your living area with houseplants!Plants can help your body, mind and home in ways that enhances the quality of life.#PR1MATips #PR1MAHomes

Posted by PR1MA Homes on Tuesday, 26 February 2019

Selain diskaun beli rumah, ada juga tawaran pengecualian duti setem, dan pelbagai jenis skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB, Hong Leong Bank dan Standard Chartered Bank yang turut membuka reruai di ekspo ini.

Selain pemaju swasta, terdapat juga projek-projek harga berpatutan oleh
KPKT, Perbadanan PR1MA Malaysia, Syarikat Perumahan Nevada Bhd, Permodalan National Bhd dan UDA Holdings Bhd.

PR1MA juga mengadakan ekspo di Dewan Foo Chow, Kota Kinabalu dan Amanjaya Mall, Sungai Petani pada masa dan tarikh yang sama.

Ekspo ini digambarkan seperti pasaraya perumahan dan kita sewajarnya mengambil peluang daripada pelbagai insentif ini.

Pepatah Pepitih: Tidak pasti bila lagi kita akan menikmati kempen sebegini. Jika anda ingin membeli rumah kediaman, ekspo ini peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Gali Lagi:

  1. Laporan lengkap TheEdge: Klik Sini
  2. Kenyataan Malaysian Property EXPO (MAPEX): Klik Sini
  3. Laporan Awal FreeMalaysiaToday tentang HOC 2019: Klik Sini
  4. Pembiayaan Pinjaman Rumah 100% Untuk Penjawat Awam: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button