Berita

Jangan Panik! Sistem Perbankan Dalam Talian Malaysia Masih Selamat

Baru-baru ini ada beberapa pengguna perkhidmatan dalam talian yang melaporkan akaun mereka telah dicaj melalui gerbang pembayaran PayPal tanpa pengetahuan mereka. Adakah sistem perbankan dalam talian Malaysia masih selamat digunakan?

Jangan bimbang! Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas LE Global Services Sdn Bhd (LGMS), Fong Choong Fook, semua sistem perbankan dalam talian Malaysia mengikut piawaian Bank Negara Malaysia (BNM) dan diuji sekurang-kurangnya sekali setahun.

“Ada juga bank yang mempunyai standard tertentu dalam hal ini seperti melakukan ujian pada setiap minggu bagi menepis pelbagai serangan dari dunia siber, demi menjaga kepentingan dan hak pelanggan mereka,” katanya.

Beliau, juga seorang pakar kerselamatan dalam talian, menegaskan yang sistem perbankan dalam talian di Malaysia masih selamat digunakan tanpa was-was.

Sekiranya anda mengalami masalah pengeluaran wang daripada akaun anda yang kelihatan tidak sah, silalah hubungi bank anda dengan segera.

Anda boleh membaca laporan penuh Harian Metro di sini.

Pepatah Pepitih: Sila pantau aktiviti akaun dalam talian anda dengan masuk ke dalam sistem sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sambil itu, anda boleh merancang sasaran simpanan atau pelaburan anda dengan lebih istiqamah.

Tag

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button
Close
Close