Di Malaysia, kita ada tiga pilihan insurans kenderaan:
- Insurans kelas ketiga (3rd party)
- Insurans kelas ketiga, kecurian dan kebakaran (3rd party, fire and theft)
- Insurans komprehensif (first party atau comprehensive insurance)
Perlindungan | Kelas Ketiga | Kelas Ketiga, Kecurian dan Kebakaran | Komprehensif |
Tuntutan Pihak ketiga* Kematian Kecederaan Kerugian harta benda | Ya | Ya | Ya |
Kerugian kereta sendiri akibat kemalangan | Tidak | Tidak | Ya |
Kebakaran /kecurian kereta sendiri | Tidak | Ya | Ya |
Kecederaan/kematian sendiri dan penumpang | Tidak | Tidak | Tidak |
Harga | Murah | Pertengahan | Mahal |
Jadual: Jenis-jenis insurans dan perlindungan yang diberi.
* Kalau Kereta A melanggar Kereta B, pemilik kereta B ialah pihak ketiga. Semua insurans kenderaan akan membiaya tuntutan pihak ketiga ini.

Gambnar oleh Pierre-Michel Villa daripada Unsplash
Jika anda mahu membeli insurans kenderaan:
- Periksa nilai kenderaan anda di pasaran.
- Nilai perlindungan insurans mesti cukup untuk nilai kenderaan anda.
- Elakkan nilai perlindungan yang kurang atau terlebih daripada nilai itu.
Pepatah Pepitih: Tiada insurans kenderaan yang melindungi risiko kecederaan dan kematian sendiri. Untuk itu, anda perlu dapatkan insurans atau takaful kesihatan.