Tiada Lagi Caj Pembayaran di Kaunter Bank

Menurut Persatuan Bank-Bank Di Malaysia (ABM) dalam sebuah kenyataan baru-baru ini, buat masa ini, segmen pelanggan tertentu telah dikecualikan daripada caj berkenaan iaitu untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
“Untuk pelanggan yang datang berurusan di cawangan, mereka boleh melakukan cara alternatif untuk urus niaga perbankan dan mendapatkan perkhidmatan seperti yang disediakan melalui mesin juruwang automatik (ATM),” kata ABM.
Persatuan tersebut akan berkomunikasi dengan pelanggan melalui saluran komunikasi masing-masing, termasuk laman web bank demi menyebarkan maklumat ini.
Pelanggan bank juga akan dibantu bagi memahami saluran alternatif ini atau jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini.
ABM mewakili 26 bank-bank perdagangan di negara ini.