Berita

Kerajaan Fokus Peluang Pekerjaan, Gaji Munasabah Dalam Bajet 2020

Kerajaan akan memberikan fokus kepada ciptaan peluang pekerjaan serta gaji yang munasabah bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang bakal membentangkan Bajet 2020 pada hari Jumaat, 11 Oktober, berkata, dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan gaji yang setimpal, rakyat akan lebih bermotivasi untuk bekerja, walaupun dalam bidang yang selama ini hanya mendapat tempat di kalangan warga asing.

“Tiada sebab untuk pekerja kita terlepas peluang pekerjaan kepada pekerja Myanmar dan Bangladesh, tetapi apa yang kurang mungkin motivasi dan semangat, yang boleh ditemukan menerusi gaji lebih baik,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Selain itu, katanya lagi, kerajaan akan memberi penekanan kepada Industri 4.0 yang telah dikenal pasti sebagai sumber baharu pertumbuhan produktivi dan ekonomi.

“Ini secara spesifiknya bermakna pendigitalan ekonomi, dan guna pakai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan, data besar dan robotik dalam kehidupan seharian kita dengan lebih meluas,” katanya lagi.

Pepatah Pepitih: Janganlah terlalu memilih pekerjaan awal. Setelah mendapat pengalaman, dan kalau terbuka peluang lebih baik, jangan segan pula untuk bertukar pekerjaan.

Gali Lagi:

  1. Laporan Berita Harian: Klik Sini
  2. Laporan NST: Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button