Berita
Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Bakal Dibayar 28 Januari 2019
Menurut laporan Bernama bertarikh 26 Disember 2018, Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa pertama bernilai RM300 akan dibayar kepada 28 Januari 2019 kepada 4.1 juta isi rumah. Peruntukan sebanyak RM1.2 billion akan digunakan untuk fasa ini.
Bayaran pada 28 Januari bermakna senarai isi rumah dalam pangkalan data lama akan digunakan untuk fasa ini. Fasa-fasa seterusnya akan menggunakan pangkalan data yang sudah dikemaskini untuk memastikan hanya yang benar-benar layak menerima BSH.
Jumlah bantuan yang diumumkan semasa Bajet 2019 ialah:
- RM1,000 untuk pendapatan isi rumah bawah RM2,000
- RM700 untuk pendapatan isi rumah antara RM2,001-3,000
- RM500 untuk pendapatan isi rumah antara RM3,001-4,000
Anda boleh baca laporan penuh di Bernama.
Pepatah Pepitih: Manfaatkan bantuan yang diterima sebaik-baiknya. Laburlah dalam Amanah Saham Bumiputera atau Amanah Saham Malaysia, atau buka akaun SSPN-i Plus di bawah PTPTN.