Hutang

Hutang Keliling Pinggang? Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Mampu Membantu Anda Keluar Daripada Kemelut Kewangan

Jika anda dibelenggu dengan pinjaman yang nampak terlalu membebankan, anda mungkin dapat penyelesaiannya daripada AKPK.
AKPK ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu mereka yang ingin mengurus kewangan dan pinjaman mereka dengan lebih teratur. Agensi ini berlainan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia yang mengurus kes-kes muflis.

Home
AKPK mampu menolong anda menguruskan kewangan dan menangani kemelut hutang.


AKPK menawarkan beberapa perkhidmatan:

Pendidikan kewangan

  • Kursus kewangan beberapa peringkat umur yang boleh diatur bersama insitusi dan organisasi
  • Kursus dalam talian untuk individu

Kaunseling kewangan

  • Kaunseling individu oleh kaunselor AKPK
  • Analisa kedudukan kewangan
  • Mengurus kewangan sedia ada
  • Atau sebelum membuat komitmen pinjaman besar

Program Pengurusan Kredit (PPK)

  • Untuk mereka yang mengalami masalah pembayaran
  • AKPK berusaha menstruktur semula bayaran dan pinjaman
  • Tertakluk kepada kelayakan

AKPK tidak mengenakan sebarang caj. Untuk keterangan lanjut, layari laman web AKPK. (Ada banyak maklumat berguna dalam pelbagai bentuk media di laman web AKPK. Silalah layari untuk memperkasa pemahaman anda tentang pengurusan kewangan.)

Pepatah Pepitih: AKPK memberi ilmu pengetahuan dan pertolongan, tetapi anda yang harus bertanggungjawab kepada segala pinjaman anda.

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button