Hartanah

4 Kesilapan Biasa Pembeli Rumah Pertama Yang Anda Mahu Elak

Membeli rumah pertama memang menyeronokkan, tetapi kadangkala boleh melemaskan, terutama untuk pembeli rumah pertama. Di sini kami senaraikan kesilapan biasa pembeli rumah pertama yang anda perlu elak:

Tidak memeriksa skim galakan pembelian rumah pertama

Setiap tahun, ada skim galakan berlainan untuk pembeli rumah pertama. Tahun 2019, contohnya, ada pengecualian cukai setem untuk pembeli rumah pertama mengikut nilai hartanah.

Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga menawarkan projek perumahan yang diberi diskaun. Ada juga pemaju yang menawarkan pakej untuk membantu pembeli membayar deposit.

Sila layari laman web kementerian, jabatan dan pemaju berkaitan.

Tidak membuat perbandingan pinjaman

Ada pelbagai jenis pinjaman dan syarat institusi kewangan yang menawarkan kadar dan kemudahan berbeza kepada pembeli.

Anda wajib bertanya dan mendapatkan semua maklumat sebelum membuat keputusan.

Membelanjakan semua wang untuk pembelian

Selepas membeli rumah, anda mungkin perlukan dana untuk membuat ubahsuai, penyelenggaraan dan perbelanjaan lain.

Tidak menggunakan khidmat ejen hartanah

Anda perlukan ejen hartanah bertauliah yang boleh dipercayai. Ejen hartanah yang jujur mampu menasihati dan membantu anda membuat kajian.

Kos ejen hartanah ditanggung sepenuhnya oleh penjual, jadi anda tidak perlu risau.


Pepatah Pepitih: Malu bertanya, tak sampai hajat hendak membeli rumah.

Artikel Berhubungkait

2 komen

  1. Assalamualaikum,

    Saya ada soalan nak tanya berkenaan pembelian rumah pertama. Baru2 ini anak saya ada membuat urusan belian rumah kos rendah di seksyen 7 Shah Alam berharga RM164,000 melalui seorang ejen REN yg berdaftar. Urusan belian sudah sampai keperingkat permohonan consent dari pejabat kerajaan Selangor. Segala fee termasuk booking, deposit, bank loan legal, SNP legal sudah dibayar kepada lawyer. Tetapi consent telah ditolak oleh pejabat kerajaan melalui 2 appeal yg telah dibuat oleh pihak lawyer. Seterusnya, lawyer sudah memulangkan semula wang setelah ditolak segala costs and expenses that has incurred.
    Persoalan saya adalah, jumpah cost dan expenses yang ditolak mencecah RM4230. Adakah ia munasabah?

    Harapan saya moga tuan dapat bantu saya.

    Sekian Terima Kasih. Ha

    1. Salam.

      Terima kasih sebab bertanya.

      Jumlah wang itu bergantung kepada butiran caj dan syarat dalam borang ‘booking’ serta perjanjian pembelian (purchase agreement). Juga, perincian yuran peguam.

      Kami nasihatkan encik meminta pencerahan daripada peguam yang mengendalikan kes ini bagi pihak tuan untuk menerangkan satu persatu yuran bayaran yang dikenakan.

      Terima kasih,

      Pepitih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button