Jangan Bayar Kadar Minimum Hutang Kredit Kad Anda – Anda Mungkin Jatuh Muflis!

Kad kredit ialah satu kemudahan yang disediakan oleh bank dan kita harus menggunakannya dengan bertanggungjawab. Jika kita lewat bayar, pelbagai masalah akan timbul hingga kita boleh diisytihar muflis.
Jika anda hanya membayar kadar minimum (5% daripada jumlah perlu dibayar), anda mungkin dikenakan caj faedah yang tinggi, sehingga 18% jumlah hutang kad kredit anda.
Ini bermakna jika anda berhutang RM1000 dengan kad kredit, dan anda hanya membayar 5% setiap bulan, anda akan memerlukan 2 tahun untuk membayarnya, tanpa menggunakan kad kredit itu lagi yang akan menambah kepada jumlah hutang.

Berikut ialah akibat lewat membayar hutang kad kredit:
Kelewatan Pembayaran | Akibat |
30 hari | Panggilan daripada bank pengeluar kad Masuk rekod CCRIS |
31-60 hari | Kad akan disekat |
61-90 hari | Surat guaman dikeluarkan |
>90 hari | Agensi pengutip hutang mungkin dilantik oleh bank |
Akhirnya | Anda mungkin ke mahkamah dan mungkin diisytihar muflis sekiranya hutang >RM50,000 |
Jadual: Akibat lewat membayar kad kredit
Sekiranya anda terperangkap dalam belenggu hutang kad kredit, anda boleh merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK) untuk mendapatkan maklumat dan bantuan pengurusan hutang. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman web AKPK.
Pepatah Pepitih: Kad kredit seperti sebilah pedang dua mata – amat berguna tetapi juga boleh melukakan diri sendiri. Gunakan dengan bertanggungjawab.