Adakah Anda Terlepas Rebat RM40 Untuk Bil Elektrik?

Menurut laporan Kosmo, 142,200 isi rumah belum mendaftar dengan syarikat utiliti elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mendapat rebat bernilai RM40 di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.
142,200 isi rumah ini ialah isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak dan disahkan oleh Sistem eKasih. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata hanya 66,600 daripada 208,800 isi rumah yang layak telah mendaftar. Sasaran 208,800 itu adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016.
Menurut Yeo lagi, beliau menggesa mereka yang layak untuk segera mendaftar nombor akaun bil elektrik di cawangan TNB, SESB dan SEB terdekat.
Pepatah Pepitih: Rebat ini peluang baik untuk menambah atau memulakan simpanan anda ke arah masa depan sejahtera.
Gali Lagi: