PelaburanSimpananTanya Pepitih

Pelaburan ASB: Pinjam Jumlah Besar Atau Simpan Setiap Bulan?

Soalan: Saya ingin melabur dalam ASB. Ada orang kata saya patut pinjam daripada bank dan ada kata saya patut melabur RM300 sebulan. Yang mana bagi pulangan terbaik?

Penanya: Cik S.S (Feb 9, 2019)

(Hantarkan soalan anda kepada hello@pepitih.com. Kami akan pilih soalan-soalan paling popular dan cuba menjawabnya dalam bentuk artikel atau video.)

Ini antara soalan yang paling popular kami terima. Jawapannya amat mudah – pinjam. Bagaimanapun, jika melabur setiap bulan dengan jumlah yang tetap, adalah kedua terbaik.

Yang lagi baik lagi jika kita tidak ambil dividen dan bonus yang dikeluarkan setiap tahun oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang merupakan pengurus untuk dana ASB, ASB 2, ASB 3- Didik, dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

Ini untuk memanfaatkan apa yang dinamakan “kuasa kompaun” ataupun kuasa “compounded interest”. (Sila lihat video)

Sebagai contoh, seorang pelabur mengambil pinjaman berjumlah RM50,000 untuk melabur dalam ASB. Pinjamannya untuk 20 tahun, dengan kadar faedah bank pada 5.20% setahun. Dia akan perlu membuat ansuran bayaran bulanan RM300.

PNB mengumumkan dividen dan bonus ASB, ASM, dan semua unit amanah mereka setiap tahun – Gambar Fail

Jumlah pelaburan di ASB selepas 20 tahun ialah RM160,000 (kadar dividen dan bonus 6% setahun atas RM50,000 yang dipinjam pada asalnya). Jika sehingga 25 tahun, jumlahnya ialah RM215,000.

Semua ini, hanya dengan pelaburan asal RM50,000. Jumlah pulangan tiga kali atau empat kali ganda pelaburan asal.

Manakala, jika kita menyimpan RM300 sebulan ke dalam ASB, pada akhir 20 tahun kita akan mendapati pelaburan berjumlah hampir RM128,000, dan untuk 25 tahun RM192,400.

Bagaimanapun, ini dengan syarat yang dividen dan bonus yang diumum setiap tahun tidak dikeluarkan dan dilabur semula dengan sepenuhnya.

Jika kita meminjam RM50,000 dan setiap tahun dividen dan bonus dikeluarkan untuk belanja atau membayar pinjaman, maka pelaburan yang tinggal pada akhir 20 tahun hanyalah RM50,000.


* Dividen dikeluarkan untuk membayar pinjaman bank untuk pelaburan asal RM50,000
** Andaian berdasarkan pulangan ASB 6% setahun
Jadual: Beza Melabur Melalui Pinjaman Berbanding Simpanan Bulanan

Walaupun kita membayar setiap bulan, membuat pinjaman untuk pelaburan membolehkan kita mempunyai permulaan pelaburan yang besar, dan seterusnya jumlah yang lebih besar pada penghujung tempoh pembiayaan.

Jumlah bayaran bulanan juga lama-lama akan diambil kira di dalam perbelanjaan bulanan, seperti bayar rumah dan kereta. Tanggungjawab untuk membayar hutang adalah insentif yang baik untuk menyimpan, berbanding jika kita menyimpan secara sukarela.

Kini, ada beberapa bank yang merupakan ejen PNB ada menyediakan pembiayaan untuk membeli unit-unit amanah, untuk pinjaman bermula RM10,000 sehingga RM200,000. Pinjaman juga boleh dilindung insuran atau takaful, dan tempoh bayar balik bergantung kepada umur semasa pinjaman dibuat, ataupun maksima 25 tahun.


Pepatah Pepitih:  Untuk mendapat manfaat maksimum pelaburan, perlu ada disiplin untuk melabur. Jika tidak, boleh meminjam untuk melabur, kerana kita lebih berdisiplin membayar hutang.

(Hantarkan soalan anda kepada hello@pepitih.com. Kami akan pilih soalan-soalan paling popular dan cuba menjawabnya dalam bentuk artikel atau video.)


Gali Lagi:

  1. Baca pengenalan kami kepada ASB: Klik Sini
  2. Ketahui lebih lanjut tentang ASB: Klik Sini
  3. Sekiranya duit yang dibelanjakan merokok dilabur dalam ASB: Klik Sini untuk menonton video
  4. Artikel Horlic.com membandingkan kadar pulangan ASB berbanding Kadar Pinjaman Asas (BLR): Klik Sini

Artikel Berhubungkait

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button