Berita

TNB Akan Pulangkan Lebihan Caj Kepada Pengguna

Susulan pelbagai aduan terhadap caj elektrik terhadap pengguna yang didakwa lebih tinggi daripada biasa,
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memulangkan semula lebihan bayaran jika siasatan dapat membuktikan berlaku lebihan caj ke atas pengguna.

Dalam sebuah kenyataan media, TNB berkata satu usaha menyeluruh sedang dilaksanakan TNB untuk menangani isu ini dengan terperinci.

Ini termasuk membantu pelanggan yang menerima bil tinggi secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.

“TNB menghargai rungutan, aduan dan maklum balas yang mereka ajukan dan sedang memberikan tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian,” menurut kenyataan TNB tersebut.

TNB juga akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu ini.

TNB turut memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan yang timbul.

Sebelum ini media melaporkan bahawa terdapat pelbagai aduan daripada pengguna yang mendakwa mereka telah menerima caj kadar bil elektrik lebih tinggi daripada biasa.

Pada 8 Mei lalu, TNB telah mengumumkan akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar di Melaka ke dalam bil elektrik pengguna itu sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj.

TNB dilaporkan berkata, semakan TNB mendapati meter yang dipasang adalah tepat namun didapati sebahagian kecil aduan berpunca daripada kesilapan manusia semasa pemasangan meter.

Pepatah Pepitih: Jangan bazirkan elektrik. Amalkan penjimatan elektrik untuk kelestarian alam semulajadi dan juga kedudukan kewangan anda.

Gali Lagi:

  1. Kenyataan TNB: Klik Sini
  2. Laporan TheStar: Klik Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button