Apa Rakyat Dapat Daripada Bajet 2020?

Hampir setiap lapisan masyarakat menerima pelbagai bentuk insentif kerajaan menerusi Bajet 2020. Disini Pepitih menyenaraikan beberapa jenis insentif kewangan yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini.
-Bantuan Sara Hidup diteruskan pada tahun ini.
-Individu bujang dan OKU dapat menerima BSH sebanyak RM300.
-Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.
-Bantuan Khas Kewangan RM250 untuk pesara kerajaan dan termasuk veteran yang tidak berpencen.
-Faedah Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.
-MySalam diperluaskan supaya mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal, mereka akan menerima bayaran tunai sebanyak RM8 ribu. Untuk rawatan di hospital kerajaan, bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari boleh dituntut.
-Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan kepada RM250 sebulan
-Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol sebanyak RM30/bulan untuk pemilik kereta atau RM12/bulan untuk pemilik motosikal. Dikreditkan terus ke akaun bank penerima.
-Bagi pemandu yang bukan penerima BSH, Kad95 membolehkan mereka menikmati subsidi 30sen/liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
-Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.
-Caj kesesakan di mana caj pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30% berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.
-Liputan PeKa B40 diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun dan ke atas
-Inisiatif #MalaysiaKerja diperkenalkan:
#Prantiskerja: Elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET.
#Watankerja: Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor.
#WanitaKerja: insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300.
#GraduanKerja: Insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan. Insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan.
Pepatah Pepitih: Kami akan membuat analisis ringkas Bajet2020 sepanjang bulan, dalam bentuk artikel dan video.
Gali Lagi: