Berita
Lima Juta Individu Golongan M40 Penerima PSP

Kerajaan kini sedang mengenal pasti lima juta individu daripada golongan berpendapatan sederhana (M40) yang layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 bulan lepas.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, setakat ini kira-kira tiga juta data penerima PSP terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) sudah berjaya direkodkan.
“Satu pendekatan untuk kutipan data perlu dirangka, untuk B40 (golongan berpendapatan rendah) dah ada tapi M40 belum ada dan harus dikenal pasti pendekatan tepat bagi memastikan tiada yang ketinggalan,” ujar beliau dalam sebuah laporan Sinar Harian selepas Majlis Penerangan Isu-Isu Kepenggunaan dan Isu-Isu Semasa (Kupasan Bajet 2020 dan Taklimat Petrol Subsidi Bersasar).
Pendaftaran bagi penerima daripada golongan B40 dan BSH sehingga kini masih dibuka, manakala tempoh pendaftaran dan semakan bagi kumpulan M40 pula akan dimaklumkan kemudian.
Tambah Saifuddin, pengumpulan data perlu diselesaikan pada tahun ini demi memastikan subsidi itu dapat disalurkan pada suku pertama tahun hadapan.
Pepatah Pepitih: Sila pastikan sama ada anda layak menerima subsidi petrol
Gali Lagi:
1. Laporan Sinar Harian: Klik Sini
2. Laporan The Malay Mail: Klik Sini