Bajet 2020: Manfaat Untuk Golongan Berpendapatan Rendah (B40)

Terdapat beberapa inisiatif kerajaan dalam Bajet 2020 yang dapat dinikmati secara terus oleh golongan berpendapatan rendah (B40 atau berpendapatan kurang RM4360). BerikutĀ ialah antara inisiatif -inisiatif tersebut:
1) Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) dan memperluaskan skim tersebut kepada 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.
2) BSH turut diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan
3) Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.
4) Skim MySalam akan diperluaskan kepada tiga kategori antaranya ke atas 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit mulai 1 Januari 2020
5) Umur penerima Skim MySalam diperluaskan kepada 65 tahun berbanding 55
6) Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) dilancarkan bagi menyediakan pemeriksaan dan intervensi awal bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kesihatan mental serta kanser untuk mereka yang berusia antara 50 hingga 60 tahun.
7) Program Subsidi Petrol (PSP) untuk penerima BSH sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.
8) Syarat untuk Dana Rumah Mampu Milik diperluaskan dengan menetapkan nilai hartanah sehingga RM300,000 bagi isi rumah berpendapatan maksimum RM4,360 sebulan, yang merupakan pendapatan ambang untuk B40.
9) Gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,200 sebulan di bandar-bandar utama pada tahun 2020
10) Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki Rumah bagi membantu rakyat yang tidak mampu membayar deposit 10 peratus